Sabtu, 14 Desember 2013

PUJIAN IMAM ABI HANIFAH KEPADA RASULULLAH

يا سيد السادات جئتك قاصدا *** أرجو رضاك و أحتمي بحماك Wahai Tuan dari para tuan aku datang kepadamu dengan sengaja memohon ridhomu dan mohon perlindungan dengan lindunganmu والله يا خير الخلائق إن لي *** قلبا مشوقا لا يروم سواك Demi Allah wahai Makhluq terbaik aku mempunyai hati yang rindu dan tidak menuju selainmu و بحق جاهك إنني بك مغرم *** و الله يعلم أنني أهواك dengan hak kemuliaanmu sungguh aku terpesona kepadamu Allah pun tahu bahwa aku mencintaimu.. أنت الذي لولاك ما خلق امرؤ *** كلا و لا خلق الورى لولاك Engkau adalah orang yang siapapun tidak akan ada ,sama sekali tidak akan ada manusia kalau kau tiada... أنت الذي من نور البدر اكتسى *** و الشمس مشرقة بنور بهاك Engkau adalah orang yang bergaun cahaya rembulan dan bahkan matahari berhias dengan keindahanmu أنت الذي لما رفعت إلى السما *** بك قد سمت و تزينت لسراك Engkau adalah ketika di angkat ke langit...langitpun berhias dan menjadi luhur karena perjalanmu... أنت الذي نادك ربك مرحبا *** و لقد دعاك لقربه و حباك Engkau adalah yang dipanggil oleh Tuhanmu "selamat datang" sungguh Dia memanggilmu untuk mendekat dan memuliakanmu أنت الذي فبنا سألت شفاعة *** ناداك ربك لم تكن لسواك Engkau adalah yang memohon syafa'at untuk kami sehingga Tuhan memanggilmu dan tidak bagi yang lain... أنت الذي لما توسل آدم *** من زلة بك فاز و هو أباك Engkau adalah orang yang Nabi adam as bertawassul denganmu dari kekeliruan dan dia mendapatkan ampunanNya padahal dia adalah ayahmu و بك الخليل دعا فعادت ناره *** بردا و قد خمدت بنور سناك Al Khalil as berdoa dengan wasilah kepadamu sehingga api pun menjadi dingin dan padam sebab cahaya indahmu وبك المسيح أتى بشيرا مخبرا *** بصفات حسنك مادحا لعلاك Al Masih Isa memberi khabar gembira dan menceritakanmu dengan sifat-sifat baikmu dengan memuji kemuliaanmu و كذاك موسى لم يزل متوسلا *** بك في القيامة محتم بحماك begitu Juga Nabi Musa selalu bertawassul denganmu nanti di hari kiamat dan berlindung didalam perlindunganmu والأنبياء و كل خلق في الورى *** و الرسل والأملاك تحت لواك Para nabi semua dan siapapun dari makhluq Allah swt juga para rosul dan para malaikat semuanya di bawah benderamu.... لك معجزات أعجزت الورى **** و فضائل جلت فليس تحاك Engkau mempunyai banyak mu'jizat yang mengalahkan siapapun dan keutamaan-keutamaan yang jelas bukan dongengan semata نطق الذراع بسمه لك معلنا **** و الضب قد لباك حين أتاك Kaki kambing pun berbicara bahwa dia telah teracuni Kadal mesir (semacam biawak) menjawab panggilanmu ketika dia mendatangimu… والذئب جاءك و الغزالة قد أتت **** بك تستجير و تحتمي بحماك Serigala mendatangimu begitu juga rusa dan mereka memohon perlindunganmu وكذا الوحوش أتت إليك و سلمت **** وشكا البعير إليك حين رآك Binatang-binatang buas mau mendatangimu dan berucap salam, an Onta pun mengadu ketiak ia melihatmu و دعوت أشجار أتتك مطيعة *** و سعت إليك مجيبة لنداك Engkau panggil sebuah pohon,sehingga ia menuruti panggilanmu dan bejalan merunduk menjawab panggilanmu… و الماء فاض براحتيك و سبحت *** صم الحصى بالفضل في يمناك Airpun berlimpah memancar dari jari jemarimu… dan bebatuan bertasbih karena anugerah berada di telapak tangan kananmu و عليك ظللت الغمامة في الورى *** و الجذع حن إلى كريم لقاك Mendung menaungimu di kalangan khalayak ramai.. Kayu pun menangis merintih karena kemuliaan bertemu dengan mu و كذاك لا أثر لمشيك في الثرى **** و الصخر قد غاصت به قدماك begitu pula jejak kakimu tidak membekasi tanah… an batu pun amblas membentuk telapak kakimu… و شفيت ذا العاهات من أمراضه **** وملأت كل الأرض من جدواك Kau sembuhkan bermacam orang sakit dan kau penuhi dunia dengan kemanfa'atanmu… ورددت عين قتادة بعد العمى **** وأبن الحصين شفيته بشفاك Kau kembalikan biji mata Qatadah ra setelah ia buta dan Ibnul Hushain pun kau sembuhkan dengan penawarmu… و على من رمد به داويته **** في خيبر فشفى بطيب لماك di Tanah Khaibar engkau obati orang yang berpenyakit mata sehingga mereka sembuh dengan semerbak obatmu و مسست شاة لأم معبد بعدما **** نشفت فدرت من شفا رقياك Kau sentuh kambing milik Ummi Ma'bad ra sehingga deras lah air susunya setelah mongering berkat penawar ruqyahmu في يوم بدر قد أتتك ملائك **** من عند ربك قاتلت أعداك di perang Badar para Malaikat mendatangimu… bantuan dari Tuhanmu sehingga mereka memerangi musuhmu… و الفتح جاءك بعد فتحك مكة *** و النصر في الأحزاب قد وافاك kemenangan pun mendatangimu setelah engkau memenangi kota Makkah.. dan pertolongan balatentara telah terpenuhi… هود و يونس من بهاك تجملا **** و جمال يوسف من ضياء سناك Nabi Hud dan Nabi Yunus berhias dengan ke-elokanmu dank ke Indahan Nabi Yusuf berkat sinar ke jelitaanmu قد فقت يا طه جميع الأنبياء **** طرا فسبحان الذي أسراك Sungguh engkau telah melampaui semua para Nabi wahai Thoha…. Maha suci Allah swt yang telah mengisro'kanmu و الله يا ياسين مثلك لم يكن **** في العالمين وحق نباك Demi Allah wahai Yaasiin…tidak ada orang sepertimu di jagat ini demi hak yang membertahukanmu

Kamis, 12 Desember 2013

SILSILAH LENGKAP NASAB SAYYIDINA MUHAMMAD SAW


Silsilah nasab (Jalur keturunan) Sayyidina Muhammad Shollallahu’alaihi Wasallam kepada kakek-kakeknya:

SILSILAH NASAB NABI MUHAMMAD SAW SAMPAI ADNAAN

Silsilah Nasab Nabi Muhammad saw. Sampai Kepada Adnaan.
Dalam Kitab Al-‘Aqdul Jauhar Fii Maulidinna Biyyil Azhar, yang lebih di kenal Kitab Al- Barzanji Li As-Sayyid Ja’far bin Hasan bin Abdul Kariim bin Muhammad bin Rosul bin Abdus Sayyid Al-Barzanji. Beliau lahir tahun 1126 H, wafat tahun 1177 H
ditulis sebagai berikut:

وَبَعْدُ فَأَقُوْلُ هُوَ سَيِّدُنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَاسْمُهُ شَيْبَةُ الْحَمْدِ، حُمِدَتْ خِصَالُهُ السَّنِيَّةُ، اِبْنِ هَاشِمٍ وَاسْمُهُ عَمْرُو بْنِ عَبْدِ مَنَافٍ وَاسْمُهُ الْمُغِيْرَةُ الَّذِيْ يَنْتَمِي الْإِرْتِقَاءُ لِعُلْيَاهُ، اِبْنِ قُصَيٍّ وَاسْمُهُ مُجَمِّعٌ سُمِّيَ بِقُصِيٍّ لِتَقَاصِيْهِ فِيْ بِلَادِ قُضَاعَةَ الْقَصِيَّةِ إِلَى أَنْ أَعَادَهُ اللهُ تَعَالَى إِلَى الْحَرَمِ الْمُحْتَرَمِ فَحَمَى حِمَاهُ اِبْنِ كِلَابٍ وَاسْمُهُ حَكِيْمٌ، اِبْنِ مُرَّةَ، اِبْنِ كَعْبِ بْنِ لُؤَيِّ بْنِ غَالِبِ بْنِ فِهْرٍ وَاسْمُهُ قُرَيْشٌ وَإِلَيْهِ تُنْسَبُ الْبُطُوْنُ الْقُرَشِيَّةُ وَمَا فَوْقَهُ كِنَانِيٌّ كَمَا جَنَحَ إِلَيْهِ الْكَثِيْرُ وَارْتَضَاهُ، اِبْنِ مَالِكِ بْنِ النَّضْرِ بْنِ كِنَانَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ بْنِ مُدْرِكَةَ بْنِ اِلْيَاسَ وَهُوَ أَوَّلُ مَنْ أَهْدَى الْبُدْنَ إِلَى الرِّحَابِ الْحَرَمِيَّةِ وَسُمِعَ فِيْ صُلْبِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى وَلَبَّاهُ، اِبْنِ مُضَرَ بْنِ نِزَارِ بْنِ مَعَدِّ بْنِ عَدْنَانَ وَهَذَا سِلْكٌ نَظَمَتْ فَرَائِدَهُ بَنَانُ السُّنَّةِ السَّنِيَّةِ

Artinya:
“Nabi Muhammad Shollallaahu‘alaihi wasallam bin Sayyid Abdullah bin Abdul Muththolib (Namanya Syaibatul Hamdi) bin Hasyim (Yang namanya Amr) bin Abdu Manaf (Namanya Al-Mughiroh) bin Qushoyyi (Namanya Mujammi’) bin Kilaab (Namanya Hakim) bin Murroh bin Ka’ab bin Lu’ayyi bin Ghoolib bin Fihr (Namanya Quroisy dan menjadi cikal bakal nama Suku Quraisy) bin Maalik bin An-Nadhor bin Kinaanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyaas bin Mudhor bin Nizaar bin Ma’add bin Adnaan”.

TIGA JENIS CINTA MANUSIA KEPADA NABI MUHAMMAD Sollallahu 'Alaihi Wasallam.




1) Cinta Abu Lahab kepada Nabi

Abu Lahab cintakan insan yang bernama Muhammad sejak bayi. Malah dialah antara orang yang bergembira dengan kelahiran Nabi. Sejurus kelahiran bayi mulia itu, Abu Lahab lah yang menaja ibu susu bernama Thuwaibah yang merupakan hambanya kepada bayi tersebut. Sejak kecil hingga Baginda Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dewasa, Abu Lahab tiada masalah dengan Baginda. Tetapi apabila Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengumpulkan ahli keluarga untuk mengajak kepada mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Lahablah dengan kelancangan mulutnya telah mencelaka Baginda dan pelbagai usaha dilakukan bagi mengagalkan dakwah Nabi (baca sini). ALLAH tidak redha dia. Ke neraka dia akhirnya!

Cinta jenis begini ada sejak dahulu sampai sekarang. Manusia-manusia jenis ini mengaku cintakan Nabi, tetapi dalam masa yang sama, merekalah juga yang membangkang dan menentang usaha-usaha untuk membawa ajaran Islam ke dalam masyarakat. Mereka sama seperti Abu Lahab.

**

2) Cinta Abu Talib kepada Nabi

Abu Talib cintakan kepada Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Malah dia telah bela dan lindungi Nabi sejak kecil sampailah Abu Talib sendiri meninggal dunia pada usia sekitar 80 tahun (kurang-lebih). Tetapi apabila Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengajak Abu Talib agar mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA, Abu Talib memberikan banyak alasan. Abu Talib tidak terima dakwah Nabi, tidak ikut ajaran Nabi dan dalam masa yang sama tidak pula dia menentang dan membangkang. ALLAH tidak meredhai dia. Ke neraka dia akhirnya!

Cinta jenis begini juga ada sejak dahulu lagi. Mereka mengaku mencintai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, bahkan jika nama Nabi dihina dan imej Nabi diperlekeh, mereka akan bangkit membela dan menyatakan ketidakpuashatian. Tetapi malangnya, ajaran-ajaran Nabi tidak pula dihayati dan diambil sepenuhnya. Mereka tidak kisah akan ajaran Nabi. Mereka sekadar cinta sahaja. Mereka persis Abu Talib.

**

3) Cinta Abu Bakr radhiAllahu `anhu kepada Nabi

Abu Bakr radhiAllahu `anhu cintakan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Beliau bukan setakat cinta, bahkan bela, lindung dan berkorban untuk Nabi. Dan yang lebih istimewa dan bermakna ialah beliau ikut seruan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam 100%. Bahkan setelah Baginda Nabi wafat, beliau terus sambung perjuangan dakwah Nabi untuk mentauhidkan ALLAH dan berserah diri kepadaNYA. Sejak hidup lagi beliau sudah dijamin masuk ke Syurga. ALLAH redha beliau. Dan ke Syurgalah tempat akhir beliau radhiAllahu `anhu.

Cinta jenis ini juga telah ada sejak dahulu sampai sekarang. Mereka ini mencintai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam sepenuh hati dan sentiasa berusaha untuk menghayati semua ajaran-ajaran Nabi. Para sahabat Nabi, tabi`in, tabi`ut tabi`in, orang-orang soleh selepas zaman mereka sampailah hari ini sentiasa menjadi penerus kepada dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Bukan sahaja dipraktikkan kepada diri sendiri dan keluarga, bahkan mereka menyebar-nyebarkan ajaran Nabi yang mulia. Mereka tetap di atas jalan Nabi walaupun persekitaran mereka memilih sebaliknya. Cinta mereka kepada Nabi persis seperti Abu Bakr radhiAllahu `anhu, iaitu cinta Nabi dan ikut serta taat kepada ajaran Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.

*********************************************

Cinta kita kepada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam cinta yang macam mana?

Redha ALLAH itu tujuanku